Terima Kasih Daun Keladi....

Wednesday, February 3, 2010

Alkisah CW Test 1/2010

Lama rasanya kita tidak mencatatkan apa-apa di sini. Rindu pula rasa hati ini. Ada cerita malam tahun baru tapi gambarnya bukan di pc ini. Kita tidaklah rajin nak keluarkan laptop dari begnya. Semua gambar OM kita transfer di situ. Kemudian saja.


Hari Isnin lalu kita adalah bantu OM kita isi borang dan juga tolong semak apa yang patut ada. Sengaja kita nak senarikan di sini manalah tahu kalau suatu hari nanti berguna.

1. Borang Permohonan
2. Salinan AA
3. Salinan MyKad
4. Kiriman Wang @ Wang Pos RM50

Sebagai langkah berjaga-jaga kita buatkan satu salinan borang permohonan yang telah lengkap diisi. Kita memang suka buat begini dari dulu. Sebabnya kita semua manusia, ada buat silap.

Contohnya waktu kita ambil RAE kali pertama, nama kita salah ejaan dan 'binti'nya pun salah juga. Kita tak marah tapi tak sangka sebab kita bagi salinan MyKad. Sepatutnya mereka periksa semula.

Dan kita juga ada salinan borang permohonan itu sebagai bukti kita tidak salah menulis nama sendiri. Berapa puluh tahun kita dok eja nama sendiri, takkan boleh silap lagi. Ya tak?

Haha! Sampai jumpa lagi nanti. 73

Thursday, December 24, 2009

Malam Sejarah - First Time Memancar

Akhirnya pagi 22 Disember 2009, kita berjaya juga memancar di jalur panjang. Mula-mula perasaan tu cukup berdebar, tapi sebab contact tu 9W2DMG buat macam dah kenal kita lama, hilanglah gemuruh kita sikit demi sedikit. Lama juga. Dari jam 4.00 sampai lebih kurang jam 5.00pagi. Kita waktu itu sedang mobile nak balik kampung OM kita di Selama, Perak. QSO diakhiri dengan eyeball dengan Abang Megat. Kita tidak sangka lepas QSO boleh terus berjumpa. Haha! Jumpa lagi. 73.

9W2DAK&9W2DMG

Monday, November 2, 2009

Bertemu 9W2XYL

Hehehe... dah lama juga nih, tapi baru nk update. Kita kena sound dengan OM kita kenapa lama tak update? Belum berkesempatan lagi nak sepenuhnya. Selebihnya memang kurang rajin. Seingat kita, kita sekeluarga tengah mobile nak g beli Domino's Piza di Kepong. Pastu waktu otw balik, sempat la ketemu abang XYL bersama xylnya. Tepi jalan pun jadik. Lagi pun Bang XYL ni ada tugasan, jadi msa yang ada digunakan sepenuhnya la.... Sampai sini saja kali ni, akan ada lagi tapi tak tahu bila. Jumpa lagi. 73.

Monday, October 26, 2009

Eyeball di Taiping

Hmm.... ada rakan bertanyakan kenapa kita masih tak mengapdet citer TT di Kemta. Maaflah kita bukan sengaja.
Kita benar-benar sibuk. Esok kita akan bertugas di Kem 1Malaysia di SS19, Subang Jaya. 4 hari lamanya. Selepas itu akan berjuang menanda kertas soalan PKSR 2. Kemudian, akan sibuk siapkan assignment kita sebelum ada peperiksaan OUM pertengahan November ini.
Masih belum teratur lagi jadual kita jadi banyak benda tergendala. Termasuk kita belum habis pantang dapat lesen baru. Sehingga saat ini kita masih belum memancar lagi. Nantilah ye... berikan kita sedikit masa lagi.
TT di Kemta, Taiping pada hari raya keempat merupakan lanjutan dari TT di Taiping Sentral. Kisah bermula dengan main simplex V20 waktu OM kita nak pateri ekzos yang dah berlaga dengan bumper. Main kejar2 last2 berjumpa juga dengan rakan-rakan. Kami ke Pelita Nasi Kandar. Haha! Lamanya duduk sampai harmonik kita yang pertama puas mengajak kita berjalan2.
Mula-mula ke McD kemudian ke tandas, kemudian dia ajak ke Tesco pula! Memang macam2! Tapi itulah, bukannya selalu dapat jumpa rakan.
Contohnya macam sekarang, kita sangat sibuk jadi memang tak dapat nak kemana2.
Bila Abang Abu sampai, kita ditunjukkan kad keahlian Astra yang kita tak punya. Rasanya sudah agak lama OM kita uruskan pendaftaran kita dan bila check website Astra pun memang ada nama kita.
Tapi kad??? Ooops! Bila sebut kad kata Bang X-ray kena sebut
"Di mana janjimu!"
- eh, betul ker.... kita dah lupa la....
sudah sebulan lebih woooo... Haha!
Kami agak2 mamak kat Pelita tu dah boring tengok muka kami, kami pun blah. Kononnya nak terus balik ke Damansara, lepas solat kat masjid berdekatan, OM kita kata nak ke Kemta pulak. Kali ni dapat jumpa lebih ramai rakan. Seronok kita tau. Walau pun hujan gerimis, tapi memang ceria dapat jumpa rakan2. Tentera2 kita masing2 tertewas awal kerana kepenatan seharian duduk di Taiping Sentral tu. Disini, kita linkkan tiga entri yang sama isi tapi lain persembahan dan penulisnya.
~Harap dah terbayar hutang kita, ya!
Sampai jumpa lagi. 73

Sunday, September 27, 2009

Eyeball di Baling

Alkisah selepas menjemput harmonik, kami ke Baling, Kedah untuk eyeball dengan rakan seperjuangan.
Rakan kami ini lulusnya sama dengan OM kita (RAE). Tapi masih belum berkesempatan hendak mendapatkan AA walaupun callsign dah berlegar-legar di fikiran beliau. Memang jadi kebiasaan kami untuk singgah ke rumah Qush ini sekiranya kami pulang ke rumah OTM.
Seingat kita kali terakhir kami ke rumahnya sebelum ini sewaktu harmonik kedua masih lagi dalam kandungan.
Sekarang Rafiq dah boleh naik kereta mainan pun. Lama juga rupanya tak ke sini.
Pakcik kepada Qush kita ini pun seorang rakan ham juga, tapi maaflah, kita lupa buat catatan jadi tak dapat nak paparkan disini.
Kami terpaksa pulang awal kerana ada majlis yang perlu dihadiri jadi maaflah rakan-rakan lain di Baling, kerana tak sempat nak panggil-panggil.
Lain hari, ada masa dan rezeki, kita akan bertemu jua.

Eyeball di Sg. Bayur

Alkisah OM kita nak jumpa dengan 9w2DMG di Sg. Bayur tapi tak kesampaian. Beliau adalah bos OM kita waktu keje kat Rest House Selama suatu masa dulu.
Macam-macam cerita menarik yang kita dengar, tapi lebih baik kalau nak tahu lebih baik bertanya sendiri pada tuan punya badan. Takut kita salah ayat nanti, lain pula jadinya.
Kehadiran kami tanpa harmonic yang berdua. Lagi pun lokasi eyeball tidak jauh dari rumah OTM kita, agak-agak dapat info depa meragam, kita boleh cabut balik saja. Dekat.....
Rupanya orang yang ditunggu tidak ada. Tapi ramai juga rakan ham yang lain yang kami jumpa. Yang terutama dah tentu Haji Yusuf (9W2HYY). Terima kasih kerana sudi kelui-kelui kami tempoh hari.
Tidaklah kami terasa alienated sangat. Kita juga seronok melihat OM kita bertemu gurunya. Dulu hubungan mereka guru-murid, sekarang dah jadi rakan ham.
Ramai lagi rakan di situ tapi kerana keadaan cuaca yang terlampau panas, dan yang sebenarnya kami teringan kat harmonik berdua tu.... maka sebab itulah yang tidak mengizinkan kami nak berlama-lama di situ.
Apa pun terima kasih atas jemputan.

Friday, September 25, 2009

Mini Eyeball di Selama

Pagi raya ketiga OM kita mengajak ke Sg. Bayur ada perjumpaan keluarga 9W2DMG. Tapi sebelum ke sana, OM kita kena pukat dengan 9W2NPT (Nizam Paling Tampan) dan seorang lagi rakan. Meeting point di perhentian bas Selama kemudian kami beralih ke kedai payung.... Terasa diri ini begitu bertuah kerana belum memancar pun dah dapat eyeball dengan rakan. Bukan apa, tumpang OM kita la...