Terima Kasih Daun Keladi....

Monday, October 26, 2009

Eyeball di Taiping

Hmm.... ada rakan bertanyakan kenapa kita masih tak mengapdet citer TT di Kemta. Maaflah kita bukan sengaja.
Kita benar-benar sibuk. Esok kita akan bertugas di Kem 1Malaysia di SS19, Subang Jaya. 4 hari lamanya. Selepas itu akan berjuang menanda kertas soalan PKSR 2. Kemudian, akan sibuk siapkan assignment kita sebelum ada peperiksaan OUM pertengahan November ini.
Masih belum teratur lagi jadual kita jadi banyak benda tergendala. Termasuk kita belum habis pantang dapat lesen baru. Sehingga saat ini kita masih belum memancar lagi. Nantilah ye... berikan kita sedikit masa lagi.
TT di Kemta, Taiping pada hari raya keempat merupakan lanjutan dari TT di Taiping Sentral. Kisah bermula dengan main simplex V20 waktu OM kita nak pateri ekzos yang dah berlaga dengan bumper. Main kejar2 last2 berjumpa juga dengan rakan-rakan. Kami ke Pelita Nasi Kandar. Haha! Lamanya duduk sampai harmonik kita yang pertama puas mengajak kita berjalan2.
Mula-mula ke McD kemudian ke tandas, kemudian dia ajak ke Tesco pula! Memang macam2! Tapi itulah, bukannya selalu dapat jumpa rakan.
Contohnya macam sekarang, kita sangat sibuk jadi memang tak dapat nak kemana2.
Bila Abang Abu sampai, kita ditunjukkan kad keahlian Astra yang kita tak punya. Rasanya sudah agak lama OM kita uruskan pendaftaran kita dan bila check website Astra pun memang ada nama kita.
Tapi kad??? Ooops! Bila sebut kad kata Bang X-ray kena sebut
"Di mana janjimu!"
- eh, betul ker.... kita dah lupa la....
sudah sebulan lebih woooo... Haha!
Kami agak2 mamak kat Pelita tu dah boring tengok muka kami, kami pun blah. Kononnya nak terus balik ke Damansara, lepas solat kat masjid berdekatan, OM kita kata nak ke Kemta pulak. Kali ni dapat jumpa lebih ramai rakan. Seronok kita tau. Walau pun hujan gerimis, tapi memang ceria dapat jumpa rakan2. Tentera2 kita masing2 tertewas awal kerana kepenatan seharian duduk di Taiping Sentral tu. Disini, kita linkkan tiga entri yang sama isi tapi lain persembahan dan penulisnya.
~Harap dah terbayar hutang kita, ya!
Sampai jumpa lagi. 73