Terima Kasih Daun Keladi....

Sunday, September 27, 2009

Eyeball di Baling

Alkisah selepas menjemput harmonik, kami ke Baling, Kedah untuk eyeball dengan rakan seperjuangan.
Rakan kami ini lulusnya sama dengan OM kita (RAE). Tapi masih belum berkesempatan hendak mendapatkan AA walaupun callsign dah berlegar-legar di fikiran beliau. Memang jadi kebiasaan kami untuk singgah ke rumah Qush ini sekiranya kami pulang ke rumah OTM.
Seingat kita kali terakhir kami ke rumahnya sebelum ini sewaktu harmonik kedua masih lagi dalam kandungan.
Sekarang Rafiq dah boleh naik kereta mainan pun. Lama juga rupanya tak ke sini.
Pakcik kepada Qush kita ini pun seorang rakan ham juga, tapi maaflah, kita lupa buat catatan jadi tak dapat nak paparkan disini.
Kami terpaksa pulang awal kerana ada majlis yang perlu dihadiri jadi maaflah rakan-rakan lain di Baling, kerana tak sempat nak panggil-panggil.
Lain hari, ada masa dan rezeki, kita akan bertemu jua.

Eyeball di Sg. Bayur

Alkisah OM kita nak jumpa dengan 9w2DMG di Sg. Bayur tapi tak kesampaian. Beliau adalah bos OM kita waktu keje kat Rest House Selama suatu masa dulu.
Macam-macam cerita menarik yang kita dengar, tapi lebih baik kalau nak tahu lebih baik bertanya sendiri pada tuan punya badan. Takut kita salah ayat nanti, lain pula jadinya.
Kehadiran kami tanpa harmonic yang berdua. Lagi pun lokasi eyeball tidak jauh dari rumah OTM kita, agak-agak dapat info depa meragam, kita boleh cabut balik saja. Dekat.....
Rupanya orang yang ditunggu tidak ada. Tapi ramai juga rakan ham yang lain yang kami jumpa. Yang terutama dah tentu Haji Yusuf (9W2HYY). Terima kasih kerana sudi kelui-kelui kami tempoh hari.
Tidaklah kami terasa alienated sangat. Kita juga seronok melihat OM kita bertemu gurunya. Dulu hubungan mereka guru-murid, sekarang dah jadi rakan ham.
Ramai lagi rakan di situ tapi kerana keadaan cuaca yang terlampau panas, dan yang sebenarnya kami teringan kat harmonik berdua tu.... maka sebab itulah yang tidak mengizinkan kami nak berlama-lama di situ.
Apa pun terima kasih atas jemputan.

Friday, September 25, 2009

Mini Eyeball di Selama

Pagi raya ketiga OM kita mengajak ke Sg. Bayur ada perjumpaan keluarga 9W2DMG. Tapi sebelum ke sana, OM kita kena pukat dengan 9W2NPT (Nizam Paling Tampan) dan seorang lagi rakan. Meeting point di perhentian bas Selama kemudian kami beralih ke kedai payung.... Terasa diri ini begitu bertuah kerana belum memancar pun dah dapat eyeball dengan rakan. Bukan apa, tumpang OM kita la...

Eyeball di rumah Bang Presiden

Kita tak mahu panggil Pak Presiden. Perkataan 'Pak' telah berjaya memanipulasi minda saya membayangkan tuan punya badan memang sudah berusia. Biar kita panggil Bang saja, bukan saja muda tapi juga mesra. Eyeball ini pada hari raya pertama (sebelah malam). Kita sekeluarga lewat tiba tapi bersyukur masih sepat bertemu rakan. Meriah sungguh nampaknya. Puaslah harmonic kita tengok bunga api malam tu. Mula-mula kita sampai ada cabutan bertuah dan penyampaian hadiah. Kemudian ada sesi karaoke pula. Malu kita bila Bang Berahim panggil-panggil kita. Sungguh-sungguh kita malu walau muka kita macam tak malu. Hikhik! Kita belum pun habis pantang baru dapat lesen. Masih lagi tidak bersedia nak memancar di transnasional, orang pun belum kenal kita....