Terima Kasih Daun Keladi....

Sunday, July 11, 2010

Antenna

Lama rasanya kita tinggalkan blog ni sepi tak terbela. Tak ada cerita sangat dan kalau ada semua yang biasa2 saja.

Kita adalah nak letak sekeping dua gambar yang kita ambil sewaktu berkursus di Indonesia 2 bulan sudah. Saja buat tatapan rakan2. Penat kita dok usha sana sini rupanya suami kepada fasi yang paling baik dengan kita merupakan rakan HAM.

Kita dapat tahu hari terakhir course tu dan beliau pun tak sihat saja minggu terakhir tu. Hish, kalau tidak, memang panjanglah langkah kita.

Hm... pada kesempatan ini kita nak ucap tahniah pada rakan kita 9W2JMCw alau dah lama dia dapat callsign tapi baru ni dapat peluang nak ucap tahniah.

Kita pun belum pernah qso dengan dia di jaluran. Apa pun pada rakan2 swl, teruskan usaha dan minat anda semua ok? Semoga suksess selalu...

Wassalam, 73.

Wednesday, March 17, 2010

Bersiaran dari MCMC, Cyberjaya

Hai hai hai...

kita sedang menunggu OM kita ni, tadi dia sms kita katanya berdebar2.

Dan dengar-dengar teks yang diuji sangat berlainan dari biasa...

Apa pun mari kita doakan semoga dia berjaya la kan...

Bersama ini kita paparkan gambar-gambar hari ini.....Nanti akan ada lagi... tunggu.....

Selamat Menduduki CW Test!

Lama rasanya kita tak jenguk blog ini. Kita benar-benar sibuk sekarang ini. Kalau ada orang suruh apa-apa, kita iyakan saja. Buatnya kita sendiri tidak pasti bila. Diam tak diam dah sampai masanya untuk kesayangan kita menduduki CW Test. Kita simpati padanya, walau tidaklah sambil menyambung pengajian seperti kita, tetapi sibuknya sampai sakit-sakit badan.

Tak mengapalah kerana hatinya benar-benar ingin berbakti. Seingat kita sepanjang minggu lalu jarang dapat dengar bunyi ketukan dari beliau.

Ada saja tugasannya yang mengekang. Apa pun kita doakan yang terbaik untuk OM kita. Semoga berjaya ya...

Sama juga kita ucapkan pada rakan-rakan yang lain.. Selamat berjaya sekali lagi.

Kita berkemungkinan besar akan mengikuti OM kita ke sana. Tapi bergantung juga pada keadaan.

Kalau ada jodoh kita jumpa di sana... dimana?? Di Bangunan SKMM (MCMC) Cyberjaya, Malaysia...

Jumpa lagi. 73

Wednesday, February 3, 2010

Alkisah CW Test 1/2010

Lama rasanya kita tidak mencatatkan apa-apa di sini. Rindu pula rasa hati ini. Ada cerita malam tahun baru tapi gambarnya bukan di pc ini. Kita tidaklah rajin nak keluarkan laptop dari begnya. Semua gambar OM kita transfer di situ. Kemudian saja.


Hari Isnin lalu kita adalah bantu OM kita isi borang dan juga tolong semak apa yang patut ada. Sengaja kita nak senarikan di sini manalah tahu kalau suatu hari nanti berguna.

1. Borang Permohonan
2. Salinan AA
3. Salinan MyKad
4. Kiriman Wang @ Wang Pos RM50

Sebagai langkah berjaga-jaga kita buatkan satu salinan borang permohonan yang telah lengkap diisi. Kita memang suka buat begini dari dulu. Sebabnya kita semua manusia, ada buat silap.

Contohnya waktu kita ambil RAE kali pertama, nama kita salah ejaan dan 'binti'nya pun salah juga. Kita tak marah tapi tak sangka sebab kita bagi salinan MyKad. Sepatutnya mereka periksa semula.

Dan kita juga ada salinan borang permohonan itu sebagai bukti kita tidak salah menulis nama sendiri. Berapa puluh tahun kita dok eja nama sendiri, takkan boleh silap lagi. Ya tak?

Haha! Sampai jumpa lagi nanti. 73